Write,Act and Learn!

Do yourself action research & receive great returns

Posted by stevegaisan on April 22, 2010

Penyelidikan tindakan merupakan satu cara bagaimana sesuatu organisasi itu boleh dibangunkan. Malah dalam sesetengah hal ia merupakan satu pembangunan organisasi. Mengikut model Pendekatan Organisation and Development, seseorang pemimpin perlu�mengenal dan menganalisa kekuatan dan kelemahan (anaylse, diagnose, plan, implement and evaluate) masalah dalaman organisasi yang dipimpin sebelum merancang sebarang aktiviti. Setiap pelaksanaan aktiviti perlu dinilai kesan dan impaknya disamping melihat sejauh manakah aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan memenuhi keperluan dan penyelesaian masalah dan seterusnya merancang penambahbaikan.

Sumber: laman web Institusi Aminudin Baki

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Program Fun Learning Kelas Rancangan Khas 2010

Posted by stevegaisan on April 14, 2010

Kelas Rancangan Khas (RKK) SMK Tambunan yang diperkenalan julung kalinya pada tahun ini mempunyai pelajar-pelajar yang cerdas pemikiran dan aktif. Pengetua Tuan Hj Mohmad Mohlis telah menyuarakan satu idea agar satu kaedah pembelajaran yang bersifat riadah dijalankan untuk pelajar-pelajar ini bagi meningkatkan sifat daya saing & kepimpinan mereka. Sebagai langkah awal, unit pusat sumber di bawah penyeliaan Cikgu Ann Doreen telah melaksanakan aktiviti yang dipanggil “Jejak Maklumat” yang terbukti berkesan dan sesuai untuk program ini.Syabas!

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Isu-isu kajian tindakan di laman web sekolah

Posted by stevegaisan on February 18, 2010

sila layari laman web sekolah di http://www.smktambunan.edu.my dalam ruangan forum(sila rujuk gambar). Luangkan masa berkongsi isu-isu dan masalah P&P disekolah dalam bentuk perbincangan.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Respon kepada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) status.

Posted by stevegaisan on February 2, 2010

Penulis ingin bertanya sama ada pengumuman 20 sekolah berprestasi tinggi ini melalui satu proses kajian yang menyeluruh? Seperti biasa, ada saja pihak yang mengkritik isu ini kerana pandangan yang berbeza-beza. Salah satunya adalah, adakah perlu status ini? Bagaimana dengan sekolah-sekolah di pedalaman atau sekolah yang dianggap corot oleh kerana keadaan demografi dan ekonominya? Memang mustahil bagi sekolah-sekolah ini bersaing maupun mencapai tahap yang diinginkan. Keistimewaan yang diberikan kepada sekolah SBT juga melibatkan wang yang banyak iaitu anggaran 700 ribu setahun! Ini sudah tentu akan memberi kesan kepada sekolah lain di mana pengagihan sumber kewangan tidak lagi melihat keperluan atau kebajikan sekolah dan murid khasnya tetapi seakan-akan hanya mahu mencipta nama di pentas antarabangsa dengan adanya sekolah-sekolah SBT ini . Mengapa kita mesti mengabui mata dunia dan membiarkan isu dan masalah sebenar dipandang hanya sebelah mata?

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Contoh projek Kajian Tindakan-Sumber www.mgcsabah.com

Posted by stevegaisan on January 27, 2010

Projek Morfosintaksis

Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Persidangan MGCM 2007 di Johor Bahru pada 4 September 2007. 

Abstrak  Pengajaran dan pembelajaran tatabahasa merupakan tulang belakang bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.   Di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), aspek tatabahasa terdapat dalam kedua-dua Kertas 1 (soalan objektif) dan Kertas 2 (soalan esei).  Oleh itu, para pelajar dikehendaki menguasai aspek tatabahasa dengan mantap.  Namun begitu, prestasi calon-calon STPM masih di tahap sederhana sahaja. Bagi memantapkan lagi penguasaan pelajar Tingkatan 6 dalam aspek tatabahasa, penulis telah melaksanakan Projek Morfosintaksis di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak, Sabah mulai tahun 2003.  Projek ini mengandungi tiga komponen utama, iaitu koleksi rumus-rumus tatabahasa, simulasi editor dan gerak gempur STPM.  Pelaksanaan setiap komponen projek ini dihurai dengan jelas dalam rencana ini.  Projek ini mengambil masa satu tahun setengah iaitu sepanjang Tingkatan 6 Rendah dan berlanjutan ke Tingkatan 6 Atas. Penulis juga menunjukkan keberkesanan Projek Morfosintaksis di sekolah serta mencadangkan usaha penambahbaikan untuk memastikan kejayaan projek ini pada masa hadapan.

PROJEK MORFOSINTAKSIS  oleh LAI KET CHINGSMK KUNAK, SABAH  1.      Pengenalan Mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod: 910) merupakan mata pelajaran elektif di peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).  Sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang baru telah diperkenalkan mulai tahun 2000 bagi menggantikan sukatan pelajaran lama yang digunakan sejak tahun 1992.             Sukatan pelajaran Bahasa Melayu STPM dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Pengetahuan Tentang Bahasa Melayu dan Kecekapan Berbahasa. Bahagian Pengetahuan Tentang Bahasa Melayu meliputi sejarah dan perkembangan bahasa Melayu, dinamika bahasa Melayu dan sistem bahasa Melayu; manakala bahagian Kecekapan Berbahasa terdiri daripada karangan, rumusan, alih bentuk teks, analisis kesalahan bahasa dan pemahaman.             Jika diteliti kandungan sukatan pelajaran ini, kita dapati bahawa aspek tatabahasa terkandung dalam kedua-dua bahagian sukatan tersebut dan memainkan peranan yang berbeza.  Pengetahuan tentang sistem bahasa Melayu membolehkan pelajar memahami pelbagai peraturan bahasa supaya mereka dapat menggunakan bahasa Melayu dengan betul, tepat, dan berkesan dalam komunikasi lisan dan tulisan. Selain itu, kecekapan berbahasa terutamanya melalui analisis kesalahan bahasa telah menekankan kemampuan pelajar mengenal pasti dan menganalisis pelbagai kesalahan bahasa dan keupayaan membetulkannya.     2.      Pernyataan Masalah            Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah, sistem bahasa diberi penekanan utama terutamanya aspek tatabahasa yang merangkumi morfologi dan sintaksis. Oleh itu, tatabahasa disifatkan sebagai sendi atau tonggak bagi sesuatu sistem bahasa (Awang Sariyan, 2004).  Ramai pelajar menganggap pengajaran dan pembelajaran tatabahasa sebagai kaku dan membosankan kerana melihat aspek tatabahasa sebagai hukum dan rumus bahasa yang arbitari dan tidak bermakna (Larsen-Freeman, 1997). Keadaan ini bertambah rumit kerana tiada pendekatan yang khusus dan unggul dalam pengajaran bahasa Melayu, apatah lagi aspek tatabahasa (Ishak Ramly, 2003).  Oleh itu, penguasaan tatabahasa dalam kalangan pelajar masih belum mencapai tahap yang cemerlang.  Dalam Laporan Peperiksaan STPM selama tiga tahun berturut-turut (2003 – 2005), Majlis Peperiksaan Malaysia telah menyatakan bahawa prestasi calon adalah sederhana sahaja dalam bahagian D – Analisis Kesalahan Bahasa  (Majlis Peperiksaan Malaysia, 2005a, 2005b, 2006).             Oleh sebab aspek tatabahasa sememangnya menjadi tulang belakang dalam kajian bahasa Melayu di peringkat STPM, penulis yang mengajar Bahasa Melayu (Kertas 1) telah melaksanakan suatu projek yang dinamakan Projek Morfosintaksis mulai tahun 2003. Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Menggenggam Nadi Ilmu yang dikendalikan oleh Panitia Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak bagi meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara holistik.  3.      Nama Projek             Nama Projek Morfosintaksis ini dibentuk daripada perkataan ‘Morfologi’ dan ‘Sintaksis’, iaitu dua bidang utama dalam kajian tatabahasa.  Nama projek ini dipilih kerana mudah diingati dan menjadi ikon bagi pelajar-pelajar yang mengambil Bahasa Melayu di peringkat STPM.  4.      Matlamat Projek            Matlamat Projek Morfosintaksis ini adalah untuk:(a)               membolehkan pelajar menguasai kecekapan berbahasa setaraf dengan peringkat intelek pelajar pada peringkat prauniversiti,(b)               meningkatkan keupayaan berbahasa dalam kalangan pelajar serta memantapkan rasa bangga terhadap bahasa Melayu,(c)               memanfaatkan penguasaan sistem bahasa untuk pemerolehan ilmu, penghayatan nilai-nilai masyarakat serta komunikasi berkesan, dan(d)               membantu pelajar mencapai kelulusan 100% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu secara amnya dan Kertas 1 secara khususnya.5.      Objektif Projek Objektif Projek Morfosintaksis ini membolehkan pelajar;(a)               memahami sesuatu rumus tatabahasa dengan jelas dan mengetahui  kontek penggunaannya,(b)               menulis dan mengingati rumus-rumus tatabahasa dengan menggunakan kata singkatan dan simbol-simbol bahasa,(c)               mempraktikkan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa dengan mengedit pelbagai wacana,(d)               menguasai kaedah menjawab soalan yang berkaitan dengan tatabahasa dalam peperiksaan STPM, dan(e)               menghasilkan pelbagai ayat yang gramatis dalam lisan dan penulisan.  6.      Rasional Projek             Projek Morfosintaksis ini dirangka berdasarkan beberapa rasional seperti berikut:(a)               Pelaksanaan projek ini menepati ciri-ciri pembelajaran secara konstruktivisme, iaitu pengetahuan pelajar dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Para pelajar tidak menyerap sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya secara pasif.  Sebaliknya, pelajar akan menyesuaikan maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya. (b)               Projek ini mengamalkan pembelajaran masteri yang menggunakan pendekatan berpusatkan pelajar melalui pelbagai aktiviti seperti projek, latih tubi, penyelesaian masalah, pembelajaran koperatif dan sebagainya. Format projek ini membolehkan pelajar menguasai sesuatu unit pembelajaran sebelum beralih ke unit pembelajaran seterusnnya kerana pelajar diperuntukkan masa yang secukupnya untuk menyempurnakan projek ini. (c)               Projek ini memenuhi kecenderungan pelajar yang dapat belajar dengan berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu serta aktiviti bersifat “hands-on”.  7.      Kumpulan sasaran             Projek Morfosintaksis melibatkan semua pelajar di Tingkatan 6 Rendah dan Tingkatan 6 Atas yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu (STPM).  Oleh sebab Bahasa Melayu STPM merupakan mata pelajaran elektif di sekolah, pelajar adalah bebas membuat pilihan tanpa  dikenakan sebarang prasyarat.  Memandangkan sekolah ini hanya menawarkan Tingkatan 6 aliran kemanusiaan, ini bermakna majoriti pelajar Tingkatan datang dari kelas-kelas sederhana sahaja, iaitu memperoleh gred kepujian 3B hingga 6C di peringkat SPM. 8.      Komponen- komponen Projek            Projek Morfosintaksis terbahagi kepada tiga komponen utama, iaitu(a)               Koleksi rumus-rumus tatabahasa bahasa Melayu(b)               Simulasi Editor(c)               Gerak Gempur STPM             Ketiga-tiga komponen dalam Projek Morfosintaksis ini berfokus kepada penguasaan hukum-hukum bahasa, terutamanya rumus-rumus pembentukan kata (morfologi) dan rumus-rumus pembentukan frasa, klausa dan ayat (sintaksis) dalam Bahasa Melayu di peringkatan STPM. Penguasaan hukum-hukum tatabahasa dalam kedua-dua aspek utama ini akan membolehkan para pelajar menjawab soalan-soalan yang berkaitan dalam Kertas 1 dan Kertas 2 (Bahagian D) dengan betul dan tepat.  9.      Huraian  Setiap Komponen9.1      Koleksi rumus-rumus tatabahasa bahasa MelayuKomponen projek ini diilhamkan daripada dua konsep pengajaran tatabahasa iaitu “advanced organizer” dan “peta kognitif” yang diperkenalkan oleh Ausubel dan Taba (dipetik oleh Koh (1981)).  Kedua-dua konsep ini menekankan kebolehan pelajar menyusun maklumat dalam satu pola yang lojik dan bermakna.  Penyusun (organizer) berperanan sebagai suatu kerangka konseptual yang membantu pelajar menyepadukan maklumat, manakala peta kognitif merupakan peta konsep mengenai topik-topik isi dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan serta pertalian antara satu dengan yang lain. Kaedah pelaksanaan komponen projek yang dicadangkan ialah:(a)    Pelajar dikehendaki menyediakan peta konsep tentang tajuk-tajuk berkaitan tatabahasa berdasarkan sukatan pelajaran Bahasa Melayu STPM.(b)    Pelajar akan didedahkan kaedah menulis rumus-rumus dengan menggunakan kata singkatan dan simbol-simbol bahasa supaya senang diingati. Contohnya: 

digugurkan      *                 tidak gramatis KKTT               Kata kerja tak transitif (c)    Pelajar dikehendaki mengumpul dan mencatat kesemua rumus tatabahasa yang dipelajari  ke dalam buku catatan khas.   Contohnya:FN          K.Bil + Penj.Bil + Gel + KNinti + KNinti + Pen(Adj) +                Pen + Penentu (d)    Seterusnya, pelajar  akan menyusun  rumus-rumus ini dalam bentuk folio. Penyediaan folio berdasarkan format yang telah diselaraskan tetapi reka bentuk dan penyusunan folio bergantung kepada kreativiti pelajar masing-masing. 9.2     Simulasi EditorKomponen ini membolehkan pelajar mengaplikasikan semua rumus tatabahasa melalui aktiviti penyuntingan.  Aktiviti “hands-on” ini dapat menarik minat pelajar kerana rumus-rumus yang abstrak yang dipelajari oleh mereka itu dapat digunakan dalam situasi sebenar atau kehidupan seharian.    Pelaksanaan komponen ini dapat dijalankan seperti berikut:(a)   Pelajar dilatih menjadi editor dengan mengedit pelbagai bahan autentik seperti rencana akhbar, majalah, buku-buku bacaan atau karangan pelajar.(b)   Ketika mengedit, pelajar dikehendaki mengenal pasti kesalahan-kesalahan dalam bahan berdasarkan rumus-rumus tatabahasa yang dipelajari.(c)    Kemudian, pelajar perlu menganalisis kesalahan tersebut dengan menjelaskan sebab-sebab kesalahan, (d)   Selepas itu, pelajar dikehendaki membetulkan kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dengan mencadangkan pembetulan yang sewajarnya, dan(e)   Akhir sekali, semua hasil tugasan pelajar akan difailkan untuk rujukan kumpulan lain.  9.3   Gerak Gempur STPMKomponen ini berupa latih tubi supaya para pelajar didedahkan pelbagai bentuk soalan yang mirip soalan peperiksaan sebenar.  Para pelajar ditekankan tentang pengurusan masa yang cekap. Langkah-langkah melaksanakan komponen ini seperti berikut:(a)   Pelajar akan diberi latihan topikal, latih tubi bulanan atau tugasan semasa cuti.(b)   Gerak gempur secara insentif akan dilakukan selepas menghabiskan sukatan pelajaran Bahasa Melayu.(c)   Pelajar akan didedahkan teknik-teknik menjawab soalan objektif (Kertas 1) dan Bahagian D (Kertas 2), khususnya soalan yang berkaitan dengan tatabahasa; supaya memberikan jawapan yang tepat dan menyakinkan.(d)   Pelajar juga dilatih untuk menganalisis item bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri dalam topik-topik tertentu.  10.  Tempoh pelaksanaan (a)             Koleksi rumus-rumus bermula di Tingkatan 6 Rendah (Jun- Oktober)     dan berlanjutan ke Tingkatan 6 Atas (Januari – Mac)(b)             Simulasi Editor :  Tingkatan 6 Atas ( April – Oktober)(c)             Gerak Gempur STPM: Tingkatan 6 Atas ( Mei – Oktober)   11.  Format Pelaksanaan  (a)       Koleksi rumus-rumus:      – berbentuk folio (individu)                                                     – dipertandingkan dan hadiah disediakan (b)      Simulasi Editor:                 – kerja kumpulan                                                     – pencapaian kumpulan direkod (c)       Gerak Gempur STPM :     – kerja individu dan berpasangan                                                     -pencapaian direkod untuk mengesanPeningkatannya 12.  Pemantauan Projek (a)               Pemantauan dilakukan oleh guru Bahasa Melayu pada setiap bulan dan selepas selesainya sesuatu tajuk utama.(b)               Pemantauan juga dilakukan oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang Bahasa pada setiap semester.(c)               Penilaian untuk pelajar dilakukan sebaik sahaja sesuatu tajuk (ujian topikal), ujian bulanan, peperiksaan semester atau peperiksaan percubaan STPM.  13.  Keberkesanan Projek 13.1.        Maklum balas pelajarPenulis telah menemu bual para pelajar STPM bagi mendapatkan maklum balas mereka tentang pelaksanaan dan kepentingan projek ini.  Antara respons yang diperoleh ialah:(a)               pelajar mahir menulis rumus dan dapat menguasai tatabahasa  dengan baik(b)               folio yang dihasilkan disifatkan sebagai rujukan utama untuk ulang kaji (c)               pelajar berasa bangga dan puas hati kerana dapat menghasilkan folio mengikut kreativiti sendiri(d)               setiap komponen projek yang disempurnakan banyak membantu pelajar dalam menghadapi peperiksaan sebenar. 13.2.        Pencapaian pelajar Projek Morfosintaksis mula dilaksanakan di sekolah ini sejak tahun 2003 bagi kumpulan pelajar Tingkatan 6 Rendah.  Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya Kertas 1 sememangnya menampakkan peningkatan yang sangat memberangsangkan sejak adanya projek ini.  Peningkatan tersebut dapat ditunjukkan dalam jadual prestasi pelajar Tingkatan 6 dalam peperiksaan STPM berikut:                    Jadual :   Pencapaian Bahasa Melayu (Kertas 1) dalam STPM                                                   bagi tahun 2003  – 2006 

Tahun Lulus Gagal Lulus NGPK
A, A- B+, B, B- C+, C C- D+, D F
2003 38.8% 24.5% 14.3% 10.2% 8.1% 4.1% 77.6% 2.84
2004 44.4% 29.6% 18.5% 3.7% 3.7% 0 92.6% 3.11
2005 63.6% 27.3% 9.1% 0 0 0 100% 3.55
2006 56.3% 21.9% 18.8% 3.1% 0 0 96.9% 3.34

   14.  Kekuatan Projek (a)   Penglibatan pelajar dalam projek ini adalah aktif dan secara maksimum.(b)   Sumber rujukan utama projek ini ialah buku “Tatabahasa Dewan” terbitan Dewan Bahasa dan Pustakan, yang dimiliki oleh setiap pelajar.(c)   Projek ini merupakan suatu aktiviti yang berterusan dan menitikberatkan bukan sahaja teori (hukum-hukum), tetapi juga praktikalnya (aplikasi rumus-rumus dan pengeditan).(d)   Penguasaan hukum-hukum tatabahasa melalui projek ini membantu pemerolehan disiplin ilmu yang lain dengan mudah dan berkesan.   15.  Cadangan Penambahbaikan (a)   Untuk memperoleh kejayaan yang dihasratkan, penulis mencadangkan agar pemantauan yang lebih ketat dan cekap sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini dilakukan oleh guru mata pelajaran.  Hal ini bertujuan untuk memastikan penglibatan semua pelajar secara aktif dan efisien bagi memaksimumkan keberkesanan projek ini. (b)   Penyelarasan dan sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah adalah penting untuk memastikan sifar disiplin dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 dan menyediakan kemudahan buku rujukan serta bahan-bahan bercetak yang mencukupi.  16.  PenutupPara pelajar Tingkatan 6 yang telah melaksanakan Projek Morfosintaksis ini dijangka akan mencapai prestasi yang baik dalam peperiksaan STPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu kerana dapat menguasai tatabahasa dengan mantap.  Selain itu, penguasaan tatabahasa yang jitu dapat memastikan penggunaan bahasa secara gramatis dalam aspek lisan atau penulisan dalam kalangan pelajar, khususnya para pelajar lepasan STPM.                         Sumber Rujukan  1.      Awang Sariyan  (2004).  Teras pendidikan Bahasa Melayu – Asas pegangan guru.  Pahang: PTS Publication & Distributors. 2.      Ishak Ramy  (2003).  Inilah kurikulum sekolah.  Pahang: PTS Publication & Distributors. 3.      Koh Boh Boon  (1981).  Pengajaran Bahasa Malaysia.  Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. 4.      Larsen-Freeman, D.  (1997, March).  “Grammar and its teaching : challenging the myths”  dalam ERIC Digest.http://www.kidsource.com/kidsource/content4/grammar.morph.html 5.      Majlis Peperiksaan Malaysia  (2005a). Laporan peperiksaan STPM 2003 Jilid 1 Jurusan sastera.  Petaling Jaya: Pearson Malaysia Sdn Bhd. 6.      Majlis Peperiksaan Malaysia (2005b).  Laporan peperiksaan STPM 2004 Jilid 1 Jurusan sastera.  Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. 7.      Majlis Peperiksaan Malaysia  (2006).  Laporan peperiksaan STPM 2005 Jilid 1 Jurusan sastera.  Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd. 8.      Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a).  Pembelajaran masteri.  Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia  9.      Pusat Perkembangan Kurikulum (2001b).  Pembelajaran secara konstruktivisme.  Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 10.  Pusat Perkembangan Kurikulum (2001c).  Pembelajaran secara kontekstual.  Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. 11.  Yahya Othman  (2005).  Trend dalam pengajaran Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Mari ke laman majlis guru cemerlang sabah

Posted by stevegaisan on January 27, 2010

Laman majlis guru cemerlang sabah adalah di http://www.mgcsabah.com. adalah portal rasmi untuk berkongsi bahan dan teknik P&P yang berkesan yang dihasilkan oleh guru-guru cemerlang negeri sabah. Laman ini boleh membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan menggunakan teknik dan kaedah yang digunakan oleh guru-guru cemerlang ini. Selain itu, memberi idea untuk mengkaji isu-isu atau masalah pengajaran yang boleh dijadikan bahan kajian tindakan. Selamat melayari laman ini.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

“Science Explorace” by SMK Serendah (Contoh Kajian Tindakan #1)

Posted by stevegaisan on January 19, 2010

“Science Explorace”: Satu Kaedah Meningkatkan Minat 50 Pelajar Tingkatan Dua Smk Serendah Terhadap Subjek Sains

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat pelajar Tingkatan Dua terhadap subjek Sains KBSM. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian bulanan pertama, soal selidik minat pelajar, pemerhatian tidak berstruktur terhadap pelajar dan guru terlibat serta temu bual pelajar dan guru sains terlibat. Hasil tinjauan awal menunjukkan keputusan ujian bulanan pertama pelajar tingkatan dua paling rendah kelulusannya. Daripada 245 pelajar tingkatan dua hanya 27.8% (65 pelajar) sahaja yang lulus. Pemerhatian tingkah laku pelajar menghadapi proses P & P sains kelihatan tidak menyeronokkan, mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan pelajar menjalani proses P & P seperti dalam keadaan terkongkong dengan teks. Soal selidik minat pelajar menunjukkan 72.8% responden merasakan minat terhadap subjek sains semakin menurun. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat pelajar kepada subjek sains dengan melakukan aktiviti-aktiviti luar bilik darjah menggunakan aktiviti “Science Explorace“. Pelajar menanti-nanti aktiviti seperti “Science Explorace” selama sebulan mulai tarikh 1 April hingga 30 April 2005 dengan menggunakan ruang Bulan Sains dan Matematik SMK Serendah bagi meningkatkan minat pelajar terhadap subjek sains. Keputusan ujian pos menunjukkan peningkatan minat pelajar selepas aktiviti “Science Explorace“.

 
*selengkapnya boleh diperolehi dari Team BISA

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Taklimat Kajian Tindakan 2010

Posted by stevegaisan on January 19, 2010

Taklimat ringkas Kajian Tindakan ini telah disempurnakan oleh En.Nurul Izad semasa mesyuarat staff 9-Jan-2010 hari Sabtu yang lepas. Perkara yang disentuh termasuklah kajian tindakan dan perancangan pelaksanaan sepanjang tahun di SMK Tambunan. Semua guru menerima satu salinan edaran. Guru juga ada mencadangkan agar individu yang pernah menghasilkan Kajian Tindakan dijemput untuk memberikan taklimat lebih lanjut mengenai kajian tindakan untuk lebih jelas dan mudah dibuat.

Edaran/Rujukan: Garis Panduan Penyediaan Kertas Kerja Kajian Tindakan, Takwim aktiviti pelaksanaan Kajian Tindakan 2010.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

Better start now!

Posted by stevegaisan on January 19, 2010

SMK Tambunan 2BSMARTT

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.